DANA PELABURAN


DANA PELABURAN


PENGENALAN:
Dalam Insuran AXA AFFIN, pelaburan dilaksanakan melalui empat jenis dana iaitu;
Dana Bon Aktif, Dana Imbang Aktif, Dana Imbang Syari’ah dan Dana Aktif Serantau.


1. Dana Bon Aktif:
85% Pendapatan Tetap/Bon dan 15% Ekuiti
Objektifnya adalah untuk membekalkan satu aliran pendapatan yang stabil melalui pelaburan dalam pasaran wang dan sekuriti hutang dengan pendedahan yang terhad dalam ekuiti.


2. Dana Imbang Aktif:
50% Pendapatan Tetap/Bon dan 50% Ekuiti
Sasarannya adalah untuk membekalkan satu aliran pendapatan yang stabil dan pertumbuhan dalam modal untuk jangka masa sederhana hingga jangka panjang.


3. Dana Imbang Syari’ah:
50% Pendapatan Tetap/Bon dan 50% Ekuiti
Sasarannya adalah untuk membekalkan satu aliran pendapatan yang stabil dan pertumbuhan modal untuk jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang dengan melabur dalam portfolio yang pelaburannya berdasarkan syarat-syarat Syari’ah.


4. Dana Agresif Serantau (Asia Pacific Growth Fund):
90% Ekuiti (Domestik & Luar Negara) dan 10% Pendapatan Tetap/Bon.
Sasarannya adalah untuk mendapatkan modal yang tinggi untuk jangka masa sederhana ke jangka masa panjang melalui pelaburan dalam stok pertumbuhan tinggi.


Pengurus Dana:
Pengurus Dana ialah PHEIM Asset Management Sdn. Bhd.
PHEIM Asset Management Sdn. Bhd. diasaskan oleh Dr. Tan Chong Koay dan mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1994.
Dr. Tan Chong Koay mempunyai lebih daripada 29 tahun pengalaman dan dengan pasukannya mengawasi pelaburan dana tempatan, Timur Jauh tidak termasuk Jepun. Sementara itu pasukannya juga turut melabur dalam komoditi negara-negara ASEAN.
Bes pelanggan mereka adalah 97% terdiri daripada Institusi/Agensi Kerajaan sementara baki 3% adalah agensi-agensi lain.
Falsafah pelaburan PHEIM adalah meningkatkan pendedahan ekuiti semasa “crashes and trimming portfolios during extended rallies”.
PHEIM memperbaiki waktu membuat keputusan pelaburan dengan mengawasi asas dan data teknikal secara terperinci untuk menjangka titik pertukaran utama dalam pasaran.
PHEIM menumpukan perhatian pada syarikat-syarikat yang mempunyai margin yang tinggi, penilaian yang munasabah, penggearan rendah, berpotensi tinggi dalam perkembangan, faedah persaingan dan siapakah pemimpin dalam industri yang sedang berkembang.
Agensi Penilaian seperti William Mercer, Zainal Fraser, Lipper Analystical Services dan Micropal telah beberapa kali menilai PHEIM di tempat PERTAMA untuk pelbagai kategori dana di bawah pengurusan mereka.